Thursday 28 June 2012

PAKEJ MUSLIM TURKI

10HARI 7MALAM ISTANBUL BURSI PAMUKKALE CAPPADOCIA 


HARI 1 : KUALA LUMPUR - ISTANBUL
Berkumpul di KLIA pada jam 9.30malam. Penerbangan MH30 berlepas pada jam 12.30 malam.

HARI 2 : ISTANBUL BURSA (MT/MM)
Setibanya di Airport, anda akan disambut oleh wakil kami. Seterusnya perjalanan menuju ke Bursa dengan menaiki Feri ke Yalova melalui Orhangazi dan Gemilik Bay. Melawat ‘Masjid Hijau’ dan ‘Makam Hijau’. Membeli belah di ‘Silk Bazaar yang menjual alas meja, sarung bantal dan sebagainya. Bermalam di Bursa.

HARI 3 : BURSA - PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, menuju ke Pamukale yang mengambil jarak 260km. Tiba di Pamukale, melawat ’Cotton Castle’. Kawasan ini adalah sebuah teres air panas bewarna putih yang terletak di atas bukit. Seterusnya ke Heirapolis, kawasan Purba Greek. Bermalam di Pamukkale.

HARI 4 : PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan bertolak ke Konya sejauh 300km. Dalam perjalanan anda akan menikmati keindahan bumi Turki . Tiba di Konya anda akan melawat Mevlana Museum. Di sini anda dapat melihat kesan awal kedatangan islam seperti ukiran , al-quran lama dan pelbagai lagi. Anda juga akan mengetahui lebih lanjut tentang tarian Mevlana iaitu ‘Wherling Derwish’ . Sambung perjalanan ke Cappadocia sejauh 242KM. Singgah di Sultanhani Caravansary pusat laluan pedagang zaman dahulu. Bermalam di Cappadocia.

HARI 5 : CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, and boleh merasai pengalaman menaiki Hot Baloon dengan harga USD200 seorang . Kemudian kita akan ke Kaymakli Underground City. Anda juga akan dibawa melihat sekita Cappadociadan bergambar kenangan di Hunting Valley & Mushroom Valley . Kemudian melawat Goreme Open Air Museum dan kilang mebuat karpet sutera buatan tangan di Cappadocia Carpet. Bermalam di Capadocia.

HARI 6 : CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU (SP/MM)
Daftar keluar selepas sarapan pagi. Menuju ke Ankara sejauh 220KM. Dalam perjalanan, berhenti di Tuz Lake– Tasik Garam terbesar di Turki. Tiba di Ankara , anda akan melawat Ataturk Mausoleum dan Anatolian Civilization Museum . Sambung perjalanan menuju ke Bolu sejauh 140KM. Bolu adalah kawasan peranginan di pergunungan. Bermalam di Bolu.

HARI 7 : BOLU - ISTANBUL (SP/MT/MM)
Daftar keluar selepas sarapan pagi dan terus menuju ke Istanbul. Tiba di Istanbul, melawat ‘Masjid Biru’ , sebuah masjid besar yang unik dan terkenal. Teruskan lawatan ke Masjid Rustempasa dan Masjid Ayyub Al Ansari yang mempunyai sejarah tersendiri

HARI 8 : ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Hari ini anda akan di bawa melawat sekitar Bandar Istanbul. Melawat Topkapi Palace tempat penyimpanan barang peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang dll. Kemudian melawat ke St Sophia; sebuah masjid yang asalnya gereja dan kini menjadi museum. Singgah untuk membeli belah di bazaar tertutup di Grand Bazar.

HARI 9 : ISTANBUL - KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi , aktiviti bebas sehingga masa bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan balik. Sampai di Malaysia keesokan hari nya.



Maklumat Penerbangan :
  • 12 SEP : KUL/IST MH30 0030 0615
  • 19 SEP : IST/KUL MH31 1510 0635


Pakej Termasuk :
  • 7 malam penginapan di hotel 4* atau setaraf
  • Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan-HALAL
  • Bas berhawa dingin sepanjang lawatan
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan seperti di dalam jadual lawatan
  • Pemandu pelancong
  • Tips untuk pemandu pelancong
  • Pegawai pengiring dari WTA
  • Tiket penerbangan Malaysia Airlines dan cukai lapangan terbang
  • Bagasi maximum 20kg sehala
  • PERCUMA BAG KEMBARA
Pakej Tidak Termasuk :
  • Insuran
  • Bayaran tiket menaiki Hot Air Balloon.
  • Perbelanjaan peribadi & apa-apa yang tidak di nyatakan di atas.

No comments:

Post a Comment

Ingin kan pakej bercuti yang murah? sila tinggalkan detail anda di sini