Thursday, 28 June 2012

Percutian 3hari 2 malam bersama JPM ICU

Selamat sejahtera.

Pada 15-17 Jun yang lepas,  WTA telah menguruskan percutian untuk kaki tangan JPM ICU Putrajaya ke Vietnam. Disebabkan masa yang singkat, mereka memilih untuk ke Ho Chi minh City dan Sungai Mekong.

Perjalanan bermula dengan penerbangan Vietnam Airlines pada jam 1 petang. 


Tiba di bandar Saigon, kami di jemput oleh wakil kami di sana -Mr Khairey. 

Kami terus dibawa ke masjid untuk menunaikan solat Jamak Ta'khir. Kemudian perjalanan dimulakan dengan melawat sekita bandar Saigon. Disebabkan masa sudah hampir gelap, kami sempat bergambar di hadapan Post Office dan Notre Dame sahaja.

Post Office

Sebelum daftar masuk hotel, kami singgah makan di Sri Penang Halal Restaurant. Makanan yang disediakan sangat menyelerakan dan bersesuaian dengan selera orang Malaysia :)


HARI 2

Kami disajikan sarapan pagi yang di pesan khas dari Halal Restaurant kerana majoriti sarapan pagi di Hotel adalah berdasarakan International Buffet Breakfast dan tidak di jamin halal.

Selepas sarapan pagi, kami terus bertolak ke Sungai Mekong. Perjalanan mengambil hampir 2 jam masa perjalanan. Untuk ke perkampungan di Mekong, kami harus menaiki boat.


Setibanya di perkampungan Mekong, kami di bawa ke gerai yang menjual produk dari hasil tangan penduduk tempatan. Jika di bezakan harga barang di Mekong lebih murah 2 kali ganda daripada Bandar Saigon. Jadi jangan teragak-agak untuk menawar dan membeli di Mekong.


Kami juga dibawa melawat pusat pengeluaran madu asli dan menikmati makan buah tempatan di iringi lagu Tradisional Vietnam



Pulang ke Jetty menaiki sampan dan bertolak untuk makan tengah hari ^_^


Setibanya di Bandar Saigon, kami di bawa melawat pusat memborong di kedai Hajah Basiroh dan Vietnam Silk.  Makan malam di Vietnam Delight. Vietnam Delight adalah salah satu restaurant Halal yang baru di buka di Vietnam.


Pulang ke hotel dan berehat.

HARI 3

Hari ketiga aktiviti bebas. Memandangkan hotel kami berdekatan dengan Ben Thanh Market (mengambil masa 3minit perjalanan), kami menghabiskan saki baki mata wang vietnam dong yang ada \(^_^)/

Terima Kasih warga JPM ICU -Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Ingin kan pakej bercuti yang murah? sila tinggalkan detail anda di sini