Friday 13 July 2012

PAKEJ MEMBORONG DI GUANGZHOU

Pada 3-7 July 2012, kami telah menguruskan satu percutian ke Guangzhou. Rombongan kali ni khas untuk melawat kedai  pembekal kain langsir, cenderamata, kain sutera dan pelbagai lagi. Disamping itu, kami melawat sekita bandar guangzhou seperti menaiki cruise, pergi ke kedai herba dan macam-macam lagi. 

Hari Pertama
Setibanya di Baiyun Airport, (airport kedua terbesar di China),makan tengahari di Restoran Abdullah salah satu restoran halal terkenal di Guangzhou.Lawatan diteruskan ke Hai Yin Plaza (Silk and Curtain) dan Hai Yin Elektronik Market Centre. Makan malam di Al Bustan Restoran salah satu restoran halal arab.



HARI KEDUA 
Melawat Pusat Herba dan Rawatan tradisional Boa Zhen Than dan Baima Whosale Market.Selepas makan malam, kami sempat menaiki Guangzhou Cruise untuk menikmati suasana mlm diatas cruise dan melihat bangunan2 menarik sekitar Guangzhou.



HARI KETIGA
Selepas sarapan pagi di hotel, kami membuat lawatan ke Matrade Malaysia di Guangzhou.Lawatan diteruskan ke Baima Whosale Market dan Zhong Da Whosale  Market. Pada waktu malam, kami dibawa melawat ke Beijing Lu (Beijing Street) dan menikmati teh tarik di Restoran India Rahman.



HARI KEEMPAT
Selepas sarapan, melawat Onelink  Whosale market. Solat Jumaat di Masjid Huaiseng yang dibina pada tahun 627. Lawatan diteruskan ke Shangxia Jiu Lu -pemborong barang-barang mainan.Makan malam di Xinyue Restoran sambil menikmati tarian tradisional Guangzhou.



HARI KELIMA
Daftar keluar hotel. Sebelum ke airport, kami sempat  melawat di Dr.Sun Yat Sen Memorial Hall. Solat di Masjid Sa’d ibn Abi Waqqas dan sempat melawat makam Sa’d ibn Abi Waqqas


Terima kasih warga Dewan Perniagaan Melayu ☺