Thursday 28 June 2012

PAKEJ MUSLIM BEIJING

6HARI 5MALAM KEMBARA MUSLIM BEIJING



Hari 1 : Kuala Lumpur - Beijing (Makan semasa penerbangan)
Setibanya di Beijing airport, anda akan di sambut oleh wakil kami dan akan di bawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.


Hari 2 : Beijing (SP/MT/MM)
Tidur di hotel sehingga jam 8 pagi untuk meneruskan lawatan kita ke Dataran Tian An Men - terbesar di dunia! Melawat sekitar dataran tersebut seperti Great Hall of the People dan Makam Mao Tse Tung. Selepas itu, kita akan ke Kota Terlarang atau Forbidden City yang merupakan istana lama Maharaja China selama lebih 500 tahun dahulu. Membeli belah di Kedai Sutera sebelum makan malam dan bertolak ke Teater Akrobatik untuk menyaksikan persembahan akrobatik China.


Hari 3 : Beijing Great Wall (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan anda akan di bawa membeli belah di Kedai Batu Jed & Kristal di mana anda boleh membeli pelbagai barangan seperti cincin, gelang, rantai & pelbagai perhiasan diri & rumah dari batu-batu ini. Selepas itu kita akan melawat & menaiki Tembok Besar China. Tembok ini di bina pada 475-221 Sebelum Masihi sebagai kubu pertahanan. Nikmati makanan tengahari anda di restoran muslim berhampiran Tembok Besar. Selepas itu, singgah di Kedai Kristal dan Burning Cream Center yang menjual krim ajaib untuk merawat luka akibat kebakaran dan lain-lain. Kita akan singgah di masjid berdekatan untuk solat jamak. Makan malam di restoran Halal dan membeli belah di Wang Fu Jing Street.


Hari 4 : Beijing (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan anda akan dibawa membeli belah barangan mutiara di Fresh Water Pearl Center & melawat ke Summer Palace. Istana ini mempunyai taman & landskap terbesar di China. Ianya di bina pada tahun 1751 oleh Maharaja Qing dan telah dirobohkan pada tahun 1860 semasa penjajahan British & Perancis. Summer Palace kemudiannya di bina semula oleh Maharaja Cixi dan merupakan tempat istirehat baginda. Maharaja Cixi menamakan ia sebagai Yihe Yuan atau taman yang membawa kesejahteraan & harmoni. Tiba waktu solat Zuhur, kita akan bersembahyang jamak di Masjid Nuijie dan membeli makanan ringan halal di Pasaraya Muslim. Makan tengahari di restoran muslim. Setelah penat berjalan, anda boleh merehatkan kaki dengan melakukan urutan reflexology di Pusat Perubatan Traditional China dan seterusnya ke Kedai Teh dan Pasar Xiushui.


Hari 5 : Beijing (SP/MT/MM)
Sarapan di hotel. Hari ini, kita akan melawat Stadium Olympic yang mempunyai keunikan seni bina umpama sarang burung & water cube. Melawat Kedai Barangan kemas—Olympic Sponsor Jewelery City, Pasar Yang Guang Jin Jie & Kedai Menjual Peralatan Rumah & Dapur. Jika anda peminat & pengumpul koleksi barangan Hard Rock, anda boleh membeli belah di kedai Hard Rock CafĂ©


Hari 6 : Beijing (SP/MT/MM)
Sarapan di hotel. Daftar keluar dan terus ke pasaraya Yaxiu untuk membeli belah. Makan tengahari dan malam disediakan sebelum ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.


Hari 7 : Beijing - Kuala Lumpur.
Berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 1.50 pagi. Dijangka tiba di LCCT pada jam 8.45 pagi.

HARGA PAKEJ SEORANG
DEWASA BILIK BERDUA/BERTIGAKANAK-KANAK BERKATILKANAK-KANAK TANPA KATIL
RM2,350RM2,250RM2,240


Maklumat Penerbangan :
  • 21 DEC : KUL/ PEK D7 316 1835 0120 (22 DEC)
  • 27 DEC : PEK/ KUL D7 317 0150 0845
Pakej Termasuk :
  • 5 malam penginapan
  • Sarapan pagi di hotel –Tidak dijamin Halal
  • Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal
  • Tiket penerbangan dengan Air Asia X
  • Makanan di dalam flight
  • Pengangkutan disediakan sepanjang lawatan
  • Tipping untuk pemandu pelancong
  • Pegawai Pengiring dari World Travel Ambassador
  • Visa ke China-Sekali masuk
  • PERCUMA Bag Sandang dari WTA
Pakej Tidak Termasuk :
  • Insuran perjalanan
  • Perbelanjaan peribadi dan apa-apa yang tidak dinyatakan di atas

No comments:

Post a Comment

Ingin kan pakej bercuti yang murah? sila tinggalkan detail anda di sini